Monday, September 08, 2008

kenapakah?

apa significant-nya air dalam hidup kau?

?

kenapa "underwater bargain" pulak dijadikan tajuk utama blog kau? kenapa pulak periuk retak dijadikan balang ikan kau? tak adakah benda lain yang boleh kau guna untuk dijadikan konsep medium luahan rasa kau?

"ntah. tak ada apa pun. it sounds right at the time" jawab aku balik.

mustahil. tak ada yang 'semata-mata' dalam dunia ni. setiap sesuatu ada asasnya. tak kira betapa kecil. ada makna disebalik semua pilihan kita. huraikan pilihan kau.

hampeh! sibuk jugak dia ni. lama aku pikir...dengan harapan sahabat aku seorang ini bosan dan berlalu pergi. tak jugak. lama dia mengadap aku, menunggu jawapan aku. aku pandang balik dia. kena jugak lah berikan penerangan nampak gayanya.

waktu aku buat blog ni, aku kat rumah kat kampung. cuti hujung tahun. kau tahulah hujung tahun di pantai timur macam mana. musim hujan monsun. waktu aku mengadap komputer terpinga-pinga cari nama, telefon di rumah berdering. sahabat baik ayah aku. 'tempah' rumah untuk ditumpang kalau rumah dia banjir tahun ni. mak-ayah aku tadi pun tengok berita di televisyen untuk tahu status banjir satu Malaysia. walaupun jam pukul tiga petang, langit waktu itu gelap macam baru lepas maghrib. itu je.

lagi?

apa lagi?

macam aku cakap, semua pilihan dalam dunia ni ada sebab dan makna nya. what's yours?

kalau aku fikirkan balik, seumur hidup aku, aku hidup dekat dengan air. waktu kecil, ayah aku bertugas di sibu, belakang rumah ada paya. kadang-kala aku dihantar ke rumah mak angkat mak di kampung air di sibu. di situ, sebaik 'dapat' kaki aku ikut budak-budak kampung main di dan mandi sungai. mak dan ayah aku memang pandai berenang. mak di sungai di langat, ayah di lombong di batu gajah, jadi secara semulajadinya aku memang dibawa berenang bersama-sama, cuma bezanya di sibu, mak dan ayah berenang di kolam renang. kemuadian ayah balik ke kuala lumpur, setiap hujung minggu mesti balik ke rumah nenek di langat, pangsun memang destinasi utama, kalau habis malas pun, jalan dalam 0.5km belakang rumah nenek dah jumpa sungai dan kolam air panas. tak lama selepas itu, ayah ditukarkan ke tawau, sabah. dia ibaratkan tawau seperti san francisco di amerika syarikat. kalau tengok gambar-gambar ayah dan di internet, ada sedikit betulnya. berbukit dan mengadap laut. selepas tawau ayah bertukar ke melaka pula. kalau nak diikutkan, sejarah aku dan kegiatan air aku sebenar-benarnya bermula di sini agaknya. rumah memang mengadap ke laut, turn sikit bukit depan rumah tu dah boleh berkelah. tak jauh dari rumah ada kelab aktiviti pegawai, antaranya kolam renang. bila ayah aku balik dari kerja, aku dan dia berjalan ke kelab itu, dia bermain tenis, aku berenang. mak aku, disebabkan sikap ramah-tamahnya berjaya mendapat maklumat mengenai kelas renang di kelab itu. walaupun kumpulan sasarannya lebih kepada orang dewasa, tetapi aku dimasukkan juga. "belajar renang cara betul, bukan gaya budak kampung berenang lombong dan sungai" kata mak aku. setahun di melaka ayah ditukarkan lagi. kali ini ke sungai petani pula. di sini laut ada, sungai pun ada. di hujung minggu, kalau ada kelapangan kami sekeluarga akan ke pulau pinang, paling tidak pantai merdeka berdekatan pekan, mandi laut. tetapi, dah memang tertulis aku akan berenang di kolam setiap hari, rumah dan kelab pegawai di situ seberang jalan sahaja. jangankan setiap hari, kalau di hujung minggu pagi dan petang aku ke situ. sampai semua pun tahu, anak dq kalau ibunya tak jumpa hanya perlu cari di kolam renang. lepas kena marah pun lari ke kolam tu. hantu air, gelaran yang mak aku sendiri berikan. setelah empat tahun, ayah berpindah ke kuantan. rumah dan sekolah berdekatan dengan teluk chempedak. balik dari sekolah petang, kami sekeluarga ke sana bermandi manda. di hujung minggu, aku dan budak sebelah rumah akan berbasikal ke kelab rekreasi di situ, untuk main-main main skuasy dan kemudian berenang di kolam. sampai aku habis sekolah. bila aku melanjutkan pelajaran pun, pekan tempat tinggal aku berdekatan dengan laut. tempat kerja pun dapat dengar deru ombak lautan atlantik. bila ada kelapangan aku dan kawan-kawan akan ke kolam renang, bereakreasi dan jamu mata, haha!

lawak selingan tak jadi pula. serius sahaja mendengar. apa yang difikirkan?

lagi?

lagi?...lagi, tempat kita ni sekarang. hampir sebaik tamat pengajian aku dihantarkan ke sini. negeri asal ayah. negeri yang ditinggalkan sejak sekian lama setelah keluarganya sendiri bermigrasi tinggalkan untuk negeri lain. negeri lain yang ayah kemudian tinggalkan untuk penempatan keluarga dia sendiri, demi untuk kehidupan yang lebih tenang dan mudah. kampung kami sekeluarga sekarang. sekeliling tempat kerja kita apa?

tasik dan sungai.

tak ke air tu? itulah sebabnya aku kata, seumur hidup aku, aku tinggal berdekatan dengan air. dan walau tak selalu, disebabkan oleh jarak, aku masih lagi berenang di kolam. aku rasa, kalau aku habis tensi, kalau pergi berenang memang hilang serabut otak aku. tenang yang aku dapat dalam keletihan melawan air tu, entah macam mana dapat membuat aku berfikir dengan jelas. sejelas air dalam kolam itu. dari segi kerohanian pun, air memang banyak membantu. air sembahyang yang membawa kepada solah yang menenangkan. manusia kandungan badannya 70-peratus air, kita boleh hidup tanpa makan sepuluh hari, tapi akan mati jika tidak minum selama empat hari. ritual mandi pagi yang mengejut semua saraf yang ada untuk berfungsi pagi, bahkan jika kita letih, kesegaran badan dan minda dapat dipulihkan selepas mandi. segala-galanya dalam hidup kita air. air, antara kurniaan tuhan yang paling mudah dalam dunia ini. aku pun ntah kenapa, jika hujan lebat tu, tenang sangat aku rasa. selain dari deru air yang turun, aku rasa benda-benda lain dalam dunia ni seolah terhenti. dan aku suka saat itu.

termangu.

berjaya. jangan tanya lagi.

kau macam ada death wish nak mati dalam air. lagi, what's the deal with the crackpot and the bargain?

damn! ingatkan dah lepas tadi.

gila apa?! siapa yang nak mati lemas dalam dunia ni? malah, kalau tengok seksa mati, mati lemas lah yang paling seksa.

gelak pulak. seronok berjaya buat aku gabra agaknya. atau dia memang betul gila.

kau tak habis lagi...

kalau aku tak cakap engkau tak akan lepaskan benda ni kan? alamat tu, macam aku cakap tadi, it sounds good at the time. tapi kalau ikut teori kau, bila difikirkan balik mungkin ada betulnya. kadang-kadang aku ibaratkan hidup ini macam dalam balang ikan. kecil dan terhad denga apa yang ada. cuma beberapa orang sahaja yang berani atau diberi peluang untuk lompat keluar dari balang kita itu, lain daripada beberapa yang terpilih itu, they just go with the flow. setengah orang kata kehidupan macam itu sempurna, tak perlu fikir panjang. pada aku, berapa banyak balang baru yang aku dapat, tetap tak sempurna. mesti ada rekahan di mana-mana. atas kita untuk cari dan baiki. atas kita untuk mengatasi masalah sebelum air dalam balang surut dan kering. atas kita juga untuk cari balang baru dan lompat keluar dari balang kita yang rekah itu. kenapa periuk? pasal kadang-kadang dalam pencarian kita itu, kita tak jumpa terus balang kaca lutsinar. kadang-kadang termasuk dalam periuk, bekas plastik, mangkuk ayan...atas kita juga lah to make the best of the situation walaupun kita tak berapa suka. bargain...apa boleh aku cakap tentang tawar-menawar ini? kau pun tau dalam hidup kena ada selalu tolak-ansur dan tawar-menawar, persoalannya. kau nak atau tidak? kalau tidak, kau diam dengan pendirian kau, tak kisah macam mana orang minta. kalau kau setuju, sekali lagi, atau kau untuk meminta atau menawar. meminta dan menawar itu pun dasarnya atas kau juga, banyak atau sikit. kalau kau seorang yang teruk, kau akan setuju tapi tak menawarkan apa-apa pun.

senyap.

puas hati?

betul kata orang.

apa dia?

kau memang boleh berfikir terlalu banyak dan over-analyse semua perkara dalam dunia ni.

kalau kena gayanya memang boleh. kalau kena gayanya memang kita perlu, pada pendapat aku. kalau kena gayanya memang aku hempuk kepala kau dengan meja ni.

cuak

aku senyap puas pantulkan rasa cuak pada dia, tapi dalam hati: siouts arr...

3 comments:

[i.l.y.a] said...

hye sis.

it's been ages since your last post kan. panjang berjela ceritanya tapi bestt! :)

so no wonder u "love" lenggong soo much kan. keliling dengan air. hehe.

alia jamaraji said...

ouhh x pindah mktb g k? i thought teacher na g bentong tue..
btw finally jmp ur blog! ;)

kekure said...

Halo,blog matikah?hehehehehehe